Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sentuhan moden warnai Medan Selera Sarikei dan Pasar Sungai Rejang
  • Tengah
  • WILAYAH

Sentuhan moden warnai Medan Selera Sarikei dan Pasar Sungai Rejang

Utusan Sarawak 2 days ago
LAWATAN….Pengerusi MDS, Konselar Stephen Wong Kie Yong (duduk) dan ahli-ahli MDS mengadakan lawatan pemeriksaan akhir bagi projek menaik taraf Medan Selera Sarikei. Foto MDS

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan lawatan pemeriksaan akhir bagi projek menaik taraf Medan Selera Sarikei, Pasar Sungai Rejang dan tapak MyKiosk Sarikei pada 13 Oktober lalu.

MDS berkata, lawatan tersebut dijalankan oleh Pengerusi MDS, Konselar Stephen Wong Kie Yong dan ahli-ahli MDS.

“Projek-projek tersebut dibiayai melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia di bawah inisiatif pembangunan bandar selaras dengan Teraju No. 4 iaitu menyediakan persekitaran yang bersih dan mampan serta Teraju No. 5: membangunkan komuniti yang berdaya saing, progresif dan inklusif.

“Medan Selera Sarikei kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden dan selesa.

“Antara penambahbaikan yang dilaksanakan termasuklah penyediaan laluan ramp Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi kemudahan golongan kelainan upaya; penyediaan meja dan kerusi baharu berjumlah 128 unit jenis medan selera; pemasangan lampu LED serta pendawaian semula; dan mengecat semula bangunan market sedia ada serta hiasan mural bertemakan warisan dan tradisi penduduk Sarikei,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Selain itu, katanya, tapak MyKiosk di Taman Susur Jambu turut dinaik taraf dengan memasang bumbung yang menempatkan 30 unit MyKiosk Fasa 1, sekali gus menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada para pengunjung serta peniaga di kawasan tersebut.

“Bagi Pasar Sungai Rejang, kerja-kerja menaik taraf melibatkan penyediaan 20 pembahagi lot ruang penjaja, pendawaian semula serta pemasangan lampu LED bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan peniaga dan pengunjung.

“Kami (MDS) berharap dengan adanya fasiliti serta kemudahan yang disediakan ini dapat memberi persekitaran yang kondusif, selesa dan menarik.

“Ini secara langsung dapat menarik lebih ramai pengunjung tempatan serta luar daerah untuk singgah bukan sahaja untuk menikmati pelbagai hidangan di Medan Selera Sarikei dan MyKiosk di Taman Susur Jambu, malah turut berpeluang membeli-belah di Pasar Sungai Rejang,” katanya.

Tambahnya, usaha ini diharap dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat serta menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu tarikan utama di bandar Sarikei.

“Kami menggesa para pengunjung dan peniaga agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan dan kemudahan yang disediakan serta membantu pihak kami membanteras kutu sampah dan pelaku vandalisme demi mewujudkan suasana yang bersih, selamat dan selesa untuk semua,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Skuad Antidadah Sibu hulur bantuan mangsa kebakaran di Kampung Jeriah
Next: Program ‘Startup’ Sarawak bentuk usahawan muda berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.