Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka santuni mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah
  • WILAYAH

ADUN Kalaka santuni mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah

Utusan Sarawak 3 days ago
MOHAMAD Duri menyampaikan sumbangan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir daripada JSJK Taman Seroja Indah Saratok. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas akibat banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri turun padang menziarahi dan menyantuni mangsa-mangsa banjir dari Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah.

Pada lawatan tersebut, Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan (JKSK) Taman Seroja Indah yang diketuai Lee Chai Teng turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 21 Ketua Isi Rumah (KIR) sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir.

MOHAMAD Duri turun padang menziarahi dan menyantuni mangsa-mangsa banjir dari Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik di PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk Pejabat Daerah Saratok, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong dan JKSK Taman Seroja Indah atas tindakan pantas mereka membantu mangsa banjir.

“Kerjasama pantas semua pihak amat dihargai. Keprihatinan dan semangat gotong-royong ini mencerminkan semangat perpaduan masyarakat kita dalam berdepan musibah,” katanya.

MOHAMAD Duri turun padang menziarahi dan menyantuni mangsa-mangsa banjir dari Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik di PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Lim Guan Ann, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Abdul Shamat Kassim, Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu dan Pengerusi JKSK, Lee Chai Teng.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bilangan mangsa banjir PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah meningkat
Next: Luang masa bersama anak dalam dunia digital – Michael Tiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.