Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • HMI Medical beli tanah di Kuching untuk tubuhkan hospital ketiga di Malaysia
  • KESIHATAN

HMI Medical beli tanah di Kuching untuk tubuhkan hospital ketiga di Malaysia

Utusan Sarawak 6 days ago
MAJLIS menandatangani MoA antara Ibraco dan HMI Medical telah disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

SINGAPURA: Health Management International Pte Ltd (HMI Medical), penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang beribu pejabat di Singapura akan menubuhkan hospital ketiganya di Malaysia yang disasarkan untuk dibuka pada 2029.

HMI Medical dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan pemaju hartanah berpangkalan di Sarawak, Ibraco Bhd bagi tujuan pembelian tanah untuk membina Hospital Regency Kuching berkapasiti 300 katil yang terletak di perbandaran NorthBank di Kuching.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical Chin Wei Jia berkata selain memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan lanjutan di negeri itu, hospital tertiari berkenaan akan mewujudkan lebih seribu peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya dan menawarkan peluang latihan silang kepada profesional klinikal untuk meningkatkan kecemerlangan dalam penjagaan perubatan dan berpusatkan pesakit.

“Hospital Regency Kuching akan menyediakan penjagaan pakar dan subkepakaran yang komprehensif, disokong oleh sistem hospital pintar yang canggih, teknologi perubatan terkini dan piawaian klinikal yang diukur mengikut penanda aras antarabangsa,” tambahnya.

HMI Medical berkata hospital baharu itu akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan lanjutan di Kuching, seluruh Malaysia serta rantau Asia Tenggara yang lebih luas.

HMI Medical berkata hospital baharu itu akan menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan lanjutan di Kuching, seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang lebih luas.

Dengan lebih 27 tahun pengalaman dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, HMI Medical mengendalikan dua lagi hospital di negara ini — Mahkota Medical Centre di Melaka dan Regency Specialist Hospital di Johor.

Majlis bertukar-tukar MoA di Singapura itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerjasama sekolah, ibubapa perkuat usaha cegah influenza di MRSM Bintulu
Next: Penggunaan telefon bimbit anak-anak perlu dikawal, galakkan aktiviti luar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.