Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kerjasama sekolah, ibubapa perkuat usaha cegah influenza di MRSM Bintulu
  • KESIHATAN

Kerjasama sekolah, ibubapa perkuat usaha cegah influenza di MRSM Bintulu

Utusan Sarawak 6 days ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyerahkan sekotak pelitup muka kepada Pengetua MRSM Bintulu, Amiruddin Mohammad Ghazali sebagai simbolik penyerahan sumbangan di maktab berkenaan, hari ini.

BINTULU: Kerjasama berterusan antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi kesihatan merupakan faktor penting dalam membendung penularan penyakit influenza dalam kalangan pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu dengan melaksanakan pemantauan kesihatan harian serta bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) wajar dijadikan contoh kepada sekolah lain.

“Saya dimaklumkan pihak sekolah menjalankan pemeriksaan suhu harian bagi mengesan awal pelajar yang bergejala. 

“Mereka yang menunjukkan simptom terus dirujuk kepada KKM dan keluarga dimaklumkan untuk tindakan lanjut,” katanya selepas menyerahkan sumbangan 2,500 pelitup muka kepada pelajar dan tenaga pengajar MRSM Bintulu, hari ini.

PELAJAR MRSM Bintulu mendengar ceramah mengenai penjagaan diri dan pencegahan penyakit yang disampaikan oleh wakil Farmasi Alpro.

Beliau turut menggesa ibu bapa agar sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak masing-masing dan memberi kerjasama penuh kepada pihak sekolah sekiranya diminta untuk tindakan susulan berkaitan kes influenza.

“Saya nasihatkan ibu bapa agar peka dengan simptom-simptom influenza seperti yang diterangkan oleh KKM dan segera membawa anak mendapatkan rawatan serta vaksin jika perlu.

“Kesedaran ini sangat penting untuk mencegah penularan lebih awal,” ujarnya.

Difahamkan, pada sebelah pagi, seramai 350 pelajar sekolah terbabit turut mengikuti taklimat kesedaran kesihatan yang disampaikan oleh wakil Farmasi Alpro, yang menekankan kepentingan menjaga kebersihan diri serta langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada jangkitan influenza.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Penjagaan kesihatan mental penting dalam pemulihan bencana
Next: HMI Medical beli tanah di Kuching untuk tubuhkan hospital ketiga di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.