Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anggota terakhir ekspedisi Everest 1953 Kancha Sherpa meninggal dunia
  • GLOBAL

Anggota terakhir ekspedisi Everest 1953 Kancha Sherpa meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 days ago

KANCHHA meninggal dunia pada usia 92 tahun di Nepal. Foto AFP

KATHMANDU: Kancha Sherpa, anggota terakhir yang masih hidup dalam ekspedisi Gunung Everest pada 1953 yang berjaya melakukan pendakian pertama ke puncak tertinggi dunia, telah meninggal dunia di Nepal pada usia 92 tahun, menurut keluarganya pada Khamis.

Cucu mendiang Tenzing Chogyal Sherpa berkata Sherpa meninggal dunia di kediamannya di Kathmandu.

Sejak kebelakangan ini beliau mengalami sedikit masalah pada tekaknya. Selain itu, beliau tidak mempunyai masalah kesihatan besar bagi seseorang yang sebaya dengannya,” kata Tenzing kepada dpa.

Presiden Persatuan Pendakian Gunung Nepal Fur Gelje Sherpa dalam satu hantaran di Facebook memberikan penghormatan kepadanya dan menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada komuniti pendaki Nepal.

Dilahirkan sebagai Ang Phurba Sherpa pada 1932 di Namche Bazaar, pintu masuk ke Everest, Kancha memulakan perjalanan pendakiannya pada akhir usia remajanya selepas melarikan diri dari rumah ke Darjeeling untuk mencari pekerjaan.

Di sana, beliau bertemu dengan Tenzing Norgay yang membantunya menyertai ekspedisi Edmund Hillary sebagai seorang daripada 103 Sherpa yang menyokong pasukan pendakian yang diketuai oleh Britain.

“Nama lahirnya ialah Ang Phurba Sherpa, tetapi ibu bapanya memanggilnya Kancha. Itulah sebabnya beliau kemudian dikenali sebagai Kancha Sherpa, nama yang akhirnya diterima secara rasmi,” kata anaknya Tshering Sherpa.

Hillary dan Norgay, kedua-duanya berusia 39 tahun ketika itu, menjadi orang pertama yang tiba di puncak setinggi 8,848.86 meter pada 29 Mei 1953. Sejak itu, Everest telah didaki kira-kira 13,000 kali.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Spesies dinosaur tertua dunia ditemui di Argentina
Next: Jakarta lapor hampir dua juta kes jangkitan pernafasan sejak Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.