Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan
  • SUKAN

Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Perjalanan pasangan beregu wanita negara Ong Xin Yee-Carmen Ting pada Terbuka Denmark 2025 berakhir selepas tewas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Odense pada Khamis. 

Walaupun bermula dengan baik apabila menang set pertama menentang pilihan ketiga itu 21-19, Xin Yee-Carmen tewas pada dua set seterusnya 10-21, 7-21 dalam tempoh 57 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena. 

Dalam aksi suku akhir hari ini, Hye Jeong-Hee Yong akan menentang rakan senegara Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo yang menyingkirkan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-11, 17-21, 21-7.

Harapan Malaysia kini terletak kepada juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bagi penentuan tempat ke separuh akhir.

Beregu lelaki profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong juga berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dalam perlawanan menentang pilihan kelima Liang Wei Keng-Wang Chang dari China hari ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Terbuka Denmark: Jun Hao gagal lepasi cabaran Shi Feng
Next: Pertemuan Liverpool-United tumpuan hujung minggu 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.