Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki ditahan terlibat kes dadah, perjudian di Lawas
  • JENAYAH

Lima lelaki ditahan terlibat kes dadah, perjudian di Lawas

Utusan Sarawak 6 days ago
CECAIR GANJA… Cecair disyaki ganja bernilai RM 3,450 dirampas dalam satu pemeriksaan di syarikat perkhidmatan penghantaran barang di Lawas. Foto IPD Lawas

LAWAS: Polis Daerah Lawas berjaya melumpuhkan cubaan membawa masuk cecair dadah jenis ganja menggunakan perkhidmatan syarikat penghantar barangan di Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Anak Tindan memaklumkan pihak polis telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun membawa satu bungkusan plastik dalam keadaan mencurigakan di hadapan syarikat perkhidmatan penghantaran barang pantas di Lawas, pada 4.00 petang semalam.

BANTERAS JENAYAH… Beberapa suspek yang telah ditangkap atas kesalahan dadah dan aktiviti perjudian. Foto IPD Lawas

Pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut menemukan 12 botol plastik kecil yang disyaki mengandungi cecair ganja, dengan anggaran jumlah keseluruhan sebanyak 345 mililiter (ml).

Siasatan awal polis mendapati suspek mengambil bahan disyaki cecair ganja yang dikirim dari Semenanjung menggunakan syarikat perkhidmatan penghantaran barang pantas.

Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Nilai semasa cecair disyaki ganja sebanyak RM3,450. Suspek disiasat mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Semakan kesalahan lampau mendapati tiada kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

BANTERAS JENAYAH… Beberapa suspek yang telah ditangkap atas kesalahan dadah dan aktiviti perjudian. Foto IPD Lawas

Sementara itu, dalam operasi berasingan, lebih kurang 6.00 petang , pihak polis telah menahan tiga orang lelaki iaitu dua tempatan dan seorang warga asing di kawasan Lawas kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah .

Suspek berusia 28 tahun, 33 tahun dan 48 tahun telah menjalani ujian saringan air kencing, dan hasil ujian mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala suspek ketiga didapati positif THC, iaitu bahan aktif dalam ganja.

BANTERAS JENAYAH… Beberapa suspek yang telah ditangkap atas kesalahan dadah dan aktiviti perjudian. Foto IPD Lawas

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala suspek ketiga mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah.

Dalam satu operasi berasingan sekitar 3.40 petang di Lawas, sepasukan pegawai polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian.

BANTERAS JENAYAH… Beberapa suspek yang telah ditangkap atas kesalahan dadah dan aktiviti perjudian. Foto IPD Lawas

Turut dirampas adalah telefon bimbit, mesin cetak dan wang tunai. Kes disiasat dibawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953.

Semakan mendapati suspek tiada kesalahan lampau.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rakam wanita mandi di Sibu, didenda RM4,000 dan penjara 14 hari
Next: Tiga individu didenda RM6,000 miliki kad ATM bukan milik sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.