Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • BBK 2025 Sarawak perkukuh bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan
  • PENDIDIKAN

BBK 2025 Sarawak perkukuh bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA Bahagian Pendidikan Tinggi MEITD, Sharifah Fariah Wan Junaidi menghadiri pada Majlis Anugerah Tinta Kenyalang dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2025 Peringkat Sarawak, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Anugerah Tinta Kenyalang dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2025 Peringkat Sarawak berlangsung penuh bermakna di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak hari ini, sebagai wadah memperkukuh martabat bahasa Melayu dan sastera tempatan di Bumi Kenyalang.

Ketua Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Sharifah Fariah Wan Junaidi menzahirkan penghargaan kepada DBP Cawangan Sarawak atas penganjuran majlis yang disifatkan sebagai penting dalam pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan nasional.

“Majlis ini membuktikan komitmen, keteguhan jiwa dan keperibadian jitu dalam usaha meletakkan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan bangsa Malaysia, seterusnya menjadikannya realiti di negara tercinta ini,” katanya ketika berucap mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Anugerah Tinta Kenyalang dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2025 Peringkat Sarawak, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa mendukung usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejajar dengan aspirasi pembangunan negeri menuju Sarawak Maju Makmur 2030.

Katanya lagi, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan khas kepada DBP Cawangan Sarawak bagi melaksanakan pelbagai program kebahasaan, kesusasteraan, kajian bahasa sukuan, kebudayaan dan penerbitan berkaitan kearifan tempatan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong peranan DBP dalam membina dan mengembangkan bahasa serta sastera kebangsaan.

“Saya yakin DBP akan terus cemerlang sebagai institusi yang memupuk kecintaan rakyat terhadap bahasa Melayu,” ujarnya.

Majlis ini juga menyaksikan penyampaian Anugerah Tinta Kenyalang kepada para penulis, institusi dan sekolah yang berjaya menghasilkan karya bermutu tinggi dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.

Bulan Bahasa Kebangsaan 2025, katanya, bukan sekadar simbolik, tetapi platform penting untuk memugar semangat rakyat Sarawak terhadap bahasa, sastera, seni dan persuratan Melayu.

Justeru itu, beliau menggesa semua pihak agar bersama-sama mendukung usaha DBP dalam memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tetapkan ujian UP-DLP dilaksanakan setiap tahun
Next: Pendidikan berkualiti asas bina generasi berdaya saing – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.