Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja baik pulih Jalan Nyabau bermula esok, dijangka siap Disember
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja baik pulih Jalan Nyabau bermula esok, dijangka siap Disember

Utusan Sarawak 5 days ago
Johnny Pang mendengar taklimat mengenai pelaksanaan projek baik pulih di Jalan Nyabau yang dijadual bermula esok. 

BINTULU: Kerja-kerja membaik pulih di Jalan Nyabau dari arah Hospital Bintulu ke persimpangan lampu isyarat yang dijadualkan bermula esok dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek berkenaan dilaksanakan bagi memastikan laluan tersebut lebih selamat dan tahan lama untuk digunakan oleh orang awam.

Menurutnya, kerja menaik taraf melibatkan laluan sejauh 195 meter menggunakan konkrit simen bagi meningkatkan ketahanan struktur jalan.

“Laluan ini akan dinaik taraf menggunakan konkrit simen bagi memastikan ketahanan jangka panjang,” katanya.

Johnny Pang merakam gambar bersama pihak JKR Bahagian Bintulu dan kontraktor usai Mesyuarat Penyelaras berhubung Kerja Baik Pulih Jalan Nyabau, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Penyelaras Cadangan Kerja Baik Pulih di Jalan Nyabau di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Johnny Pang menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan Jalan Kidurong sebagai laluan alternatif sepanjang tempoh kerja dilaksanakan bagi mengelakkan kesesakan.

“Saya sedar kerja menaik taraf ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada pengguna, namun ia perlu bagi memastikan jalan lebih baik dan selamat.

“Dari segi keselamatan, pihak kontraktor akan meletakkan papan tanda serta memasang lampu amaran berkelip atau papan tanda keselamatan terutamanya bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya pada waktu malam,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutupan sementara separuh jalan di persimpangan Jalan Tun Razak bermula Khamis ini
Next: Family in Stampin Resettlement Scheme seeks help from Wilfred Yap over sudden RM1,750 water bill

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.