Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pesara tentera berdepan 12 pertuduhan salah guna wang RM405,121
  • MAHKAMAH

Pesara tentera berdepan 12 pertuduhan salah guna wang RM405,121

Utusan Sarawak 5 days ago
PESARA tentera, Mohd Noor Yacub, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan melibatkan penyalahgunaan wang milik sebuah syarikat pemaju berjumlah RM405,121 pada 2015. Hakim Zulhazmi Abdullah mnembenarkan Mohd Noor diikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat Suruhanjaya Perncegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Beliau turut menetapkan 19 Nov bagi sebutan semula kes. Foto BERNAMA

BUTTERWORTH: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan melibatkan penyalahgunaan wang milik sebuah syarikat pemaju berjumlah RM405,121 pada 2015.

 Mohd Noor Yacub, 67, didakwa menyalahgunakan wang milik Amar Iman Development Sdn Bhd itu dengan memasukkan cek ke dalam akaun bank miliknya di Maybank Islamic Berhad, Plaza MWE Branch, Lebuh Farquhar, George Town dekat sini antara 19 Januari hingga 21 Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebatan, dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noor Azura Zulkiflee manakala Mohd Noor diwakili peguam Mohamad Amirrul Adli.

 Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Mohd Noor diikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan 19 November ini bagi sebutan semula kes.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mahkamah benar Lim Guan Eng dapatkan pasport secara kekal
Next: Saman Fitnah: Ahli perniagaan peroleh injunksi terhadap penyanyi rap Caprice

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.