Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes pelajar ditikam: Pentadbir sekolah akan dipindah ke PPD – KP Pendidikan
  • NASIONAL

Kes pelajar ditikam: Pentadbir sekolah akan dipindah ke PPD – KP Pendidikan

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pentadbir sekolah menengah di Petaling Jaya yang terbabit kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hari ini, akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan kes selesai dijalankan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.

Bercakap pada sidang media khas di sini hari ini, Mohd Azam berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan melihat kaedah bersesuaian bagi melakukan pemindahan tersebut agar berjalan lancar tanpa mengganggu proses pembelajaran di sekolah itu.

“Memang kita akan ambil tindakan (secepat mungkin) sebab siasatan perlu dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata KPM telah menggerakkan pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan program intervensi sokongan psikososial kepada pelajar, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan.

“Kita dah gerakkan pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling. Jadi ibu bapa atau masyarakat tak perlu bimbang, KPM telah mengambil tindakan ini,” katanya.

Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPM, PDRM kerjasama perkukuh pemantauan keselamatan di semua sekolah
Next: LBAS 2025 kembali lebih berimpak, angkat tema perpaduan dan kemakmuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.