Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pelajar disaran pakai pelitup muka, ambil vaksin influenza
  • KESIHATAN

Pelajar disaran pakai pelitup muka, ambil vaksin influenza

Utusan Sarawak 9 hours ago
JAGA KESIHATAN….Datuk Rosey Yunus ketika berucap pada program Sukaneka Kampung Belunok Kelulit, di sini semalam.

BEKENU: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan kes jangkitan influenza dengan mengeluarkan Surat Peringatan Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan Influenza kepada semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Langkah tersebut antara lain menyarankan agar pelajar dan kanak-kanak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau semasa berinteraksi dengan orang lain, khususnya bagi mengurangkan risiko penularan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata usaha pencegahan perlu dimulakan dari peringkat individu dan masyarakat, termasuk mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin influenza.

“Kita tidak perlu takut untuk mendapatkan suntikan vaksin. Ia hanya sekali setahun dan boleh diperoleh di klinik atau hospital. Ini adalah langkah pencegahan penting kerana jangkitan influenza boleh membawa maut,” katanya semasa berucap dalam majlis Sukaneka Kampung Belunok Kelulit, di sini semalam.

ALBUM….Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama penduduk Kampung Belunok Kelulit pada program Sukaneka Kampung.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu turut mengingatkan masyarakat agar memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam, terutamanya dengan wujudnya kluster influenza yang dikenal pasti di beberapa sekolah di Bahagian Miri.

“Saya tegaskan supaya kita sentiasa mengutamakan kebersihan dan kesihatan diri bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya lagi.

Menurut kenyataan KPM, surat peringatan tersebut telah diedarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan semua sekolah dan institusi pendidikan mengambil langkah sewajarnya.

Antara langkah utama yang digariskan ialah menyarankan warga institusi pendidikan untuk memakai pelitup muka apabila berjumpa orang lain atau ketika berada di tempat awam.

Selain itu, KPM turut menekankan kepentingan mewujudkan kesedaran mengenai kebersihan dan kesihatan dalam kalangan pelajar, guru serta kakitangan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Kementerian juga menggesa agar ibu bapa dan penjaga memainkan peranan aktif dalam mencegah penularan penyakit seperti ‘Penyakit Seakan Influenza’ (ILI) dengan memastikan anak-anak yang bergejala tidak hadir ke sekolah dan sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan mereka.

KPM berharap langkah-langkah ini dapat membantu mengawal penularan influenza serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga institusi pendidikan sentiasa terpelihara.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Hospital Sibu masih termasuk dalam rancangan naik taraf kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.