Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Perkukuh komitmen terhadap kesejahteraan mental warga kampus
  • PENDIDIKAN

Perkukuh komitmen terhadap kesejahteraan mental warga kampus

Utusan Sarawak 2 days ago
AMANAT… Datuk Dr. Annuar Rapa’ee ketika berucap pada Konvensyen Ke Arah Sokongan Emosi dan Psikologi (STEPS) 2025 di DeTAR PUTRA, Unimas, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus memperkukuh komitmen terhadap kesejahteraan mental dan emosi warga kampus.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pendidikan dan Inovasi), Datuk Dr. Annuar Rapa’ee menegaskan bahawa kesihatan mental merupakan aspek penting dalam membina masyarakat yang sejahtera dan produktif.

“Kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan. Ia sama pentingnya dengan kesihatan fizikal kerana keseimbangan emosi menentukan keupayaan seseorang menghadapi tekanan dan membuat keputusan rasional,” katanya pada Konvensyen Ke Arah Sokongan Emosi dan Psikologi (STEPS) 2025 di DeTAR PUTRA, Unimas, di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan sokongan psikologi dan perkhidmatan kaunseling perlu diperkukuh di semua peringkat institusi, khususnya di universiti.

SIMBOLIK… Datuk Dr. Annuar Rapaee bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian pada Konvensyen Ke Arah Sokongan Emosi dan Psikologi (STEPS) 2025 di DeTAR PUTRA, Unimas, hari ini.

“Kaunseling bukan sekadar untuk mereka yang menghadapi masalah, tetapi sebagai ruang refleksi diri, memperbaiki hubungan dan membina ketahanan dalaman. Ia adalah langkah awal ke arah kesejahteraan menyeluruh,” tambahnya.

Konvensyen ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3 – Kesihatan dan Kesejahteraan, serta aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkukuh kesejahteraan kampus.

Unimas sebagai Universiti Pemangkin Komuniti kekal komited untuk meneruskan usaha membudayakan kesejahteraan mental dan emosi dalam komuniti akademik serta masyarakat secara keseluruhannya.

Inisiatif seperti Konvensyen STEPS 2025 bukan sahaja membantu mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental, tetapi juga memperkukuh daya tahan psikologi dan kemahiran pengurusan diri ke arah kehidupan yang seimbang dan harmoni.

SIMBOLIK… Datuk Dr. Annuar Rapaee bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian pada Konvensyen Ke Arah Sokongan Emosi dan Psikologi (STEPS) 2025 di DeTAR PUTRA, Unimas, hari ini.

Konvensyen yang memasuki edisi ketiga itu dianjurkan oleh Seksyen Psikologi dan Kaunseling (PsyCon), di bawah Pusat Khidmat Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat UNIMAS.

Menampilkan tema Hidup Seimbang: Mengurus Kehidupan, Kerjaya dan Kesejahteraan Emosi dalam Dunia yang Pantas Berubah, konvensyen dwitahunan itu menghimpunkan pengamal kaunseling, profesional, pelajar, dan komuniti setempat bagi memperkukuh kefahaman serta kesedaran tentang pentingnya keseimbangan hidup dan kesihatan emosi dalam dunia moden.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk tiga bengkel selari yang memberi kemahiran praktikal, Forum STEPS bersama panel berpengalaman, serta Sorotan STEPS @ Pempengaruh bersama Emir Haqim yang berkongsi pengalaman dalam mengurus tekanan hidup di era digital.

Slot khas Kesejahteraan Kewangan STEPS turut diadakan bagi membincangkan kepentingan kestabilan kewangan sebagai sebahagian daripada keseimbangan hidup dan kesihatan emosi.

Tidak ketinggalan, aktiviti fizikal seperti Zumba 10,000 Langkah 2025, pertandingan Poster Inovasi STEPS dan pameran kesihatan mental turut memeriahkan konvensyen, sekali gus menggalakkan kesejahteraan holistik dalam kalangan peserta.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie; Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit; Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta barisan pengurusan tertinggi universiti dan rakan strategik program.

Oleh Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: CosmicNeva, SPACEBOYS dinobat juara SSC 2025
Next: Konvensyen STEPS 2025 perkukuh kesejahteraan warga Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.