Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Hari Pencegahan Malaysia tingkat kesedaran bahaya kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Hari Pencegahan Malaysia tingkat kesedaran bahaya kebakaran

Utusan Sarawak 15 hours ago

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti sepanjang program di Rumah Jembau Lau, Tanjung Kedang, baru-baru ini. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Kesedaran masyarakat terhadap bahaya kebakaran terus diperkasa menerusi penganjuran ceramah dan demonstrasi keselamatan kebakaran sempena Hari Pencehan Malaysia 2025 di Rumah Jembau Lau, Tanjung Kedang, baru-baru ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program yang berlangsung pada Khamis itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 70 penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia, termasuk golongan belia dan warga emas.

“Acara bermula seawal 9.00 pagi dengan penglibatan saya bersama tiga anggota bomba bagi melaksanakan sesi ceramah, pendedahan dan demonstrasi keselamatan kebakaran.

“Antara pengisian utama termasuk ceramah kesedaran dan pencegahan kebakaran, pengenalan alat pemadam api, demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api, serta demonstrasi pengendalian kebakaran dapur memasak, yang sering menjadi punca utama kebakaran domestik di kawasan luar bandar,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, program tersebut penting bagi memastikan masyarakat luar bandar turut mempunyai kesedaran serta kemahiran asas menghadapi kebakaran sebelum bantuan tiba di lokasi kejadian.

“Pendedahan ini amat penting bagi memastikan penduduk tahu langkah awal menghadapi kebakaran dan menggunakan alat pemadam api dengan betul sebelum keadaan menjadi lebih serius. 

“Ia juga mampu membentuk komuniti yang lebih prihatin serta memahami tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan di kediaman masing-masing.

“Kita mahu memastikan setiap isi rumah memahami kepentingan langkah pencegahan kerana keselamatan bermula daripada kesedaran dan tindakan pantas apabila insiden berlaku,” katanya. 

Katanya, sambutan menggalakkan yang diberikan oleh penduduk menunjukkan tahap kesedaran terhadap aspek keselamatan semakin meningkat, selain memperkukuh hubungan baik antara pihak bomba dan masyarakat setempat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan pengendalian peralatan ambulans tingkat kemahiran anggota APM
Next: Penduduk Ulu Mukah kini nikmati jambatan besi baharu, ganti jenis kayu balak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.