Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas

Utusan Sarawak 17 hours ago
DITANGKAP… Dua suspek ditangkap oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dalam satu operasi Ops Tapis Khas yang dijalankan di kawasan pasar Bintangor, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata dua suspek yang ditangkap berusia 28 dan 29 tahun. 

“Mereka disyaki terlibat dengan kegiatan dadah dan telah ditangkap oleh pihak polis pada 4.00 petang semalam untuk dibawa balik ke IPD Meradong. 

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua lelaki tersebut di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BJSND) Meradong didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Katanya, semakan rekod lampau, kedua-dua suspek dapati tiada rekod jenayah dan dadah.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak kami memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut dan merayu supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket judi dalam talian diserbu, 20 warga asing ditahan di Bintulu
Next: Successes of PGA various Ops

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.