Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket judi dalam talian diserbu, 20 warga asing ditahan di Bintulu
  • JENAYAH

Sindiket judi dalam talian diserbu, 20 warga asing ditahan di Bintulu

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA warga asing yang ditahan dalam serbuan JIM Sarawak di premis yang dijadikan pusat panggilan perjudian dalam talian di Bintulu hari ini. Foto JIM Sarawak

BINTULU: Premis kediaman yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket perjudian dalam talian diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hasil risikan dan pemantauan selama hampir sebulan, awal pagi tadi.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Bahagian Sri Aman dan Sarikei, serta dikoordinasikan oleh Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP). 

Kira-kira 24 pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi berkenaan.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, serbuan yang bermula 5.00 pagi itu menyasarkan premis disyaki beroperasi sebagai pusat ‘call centre’ bagi aktiviti perjudian dalam talian yang dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu.

“Hasil serbuan, seramai 20 warga Indonesia terdiri daripada 12 lelaki dan lapan wanita berjaya ditahan kerana disyaki terlibat secara langsung dalam kegiatan berkenaan,” katanya.

ANTARA warga asing yang ditahan dalam serbuan JIM Sarawak di premis yang dijadikan pusat panggilan perjudian dalam talian di Bintulu hari ini. Foto JIM Sarawak

Pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah, manakala yang lain tinggal lebih masa daripada tempoh pas dibenarkan.

“Kesemua mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Semua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Bintulu untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen bagi tindakan lanjut.

ANTARA warga asing yang ditahan dalam serbuan JIM Sarawak di premis yang dijadikan pusat panggilan perjudian dalam talian di Bintulu hari ini. Foto JIM Sarawak

JIM Sarawak menegaskan, operasi bersepadu seumpama itu akan diteruskan secara berkala bagi memastikan aktiviti menyalahi undang-undang termasuk penyalahgunaan dokumen imigresen dan kegiatan perjudian dalam talian dapat dibanteras sepenuhnya.

“Pihak kami akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan memberikan usaha terbaik dalam membanteras kemasukan PATI demi menjamin keselamatan dan ketenteraman Sarawak.,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Banks must strengthen security measures to protect consumers from online scams

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.