Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam operasi bersepadu di Lawas
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam operasi bersepadu di Lawas

Utusan Sarawak 11 hours ago

OPERASI BERSEPADU… Dua lelaki ditahan atas kesalahan berasingan melibatkan dadah dan judi dalam operasi di bandar Lawas. Turut dirampas, satu straw berisi dadah disyaki jenis syabu.

LAWAS: Daerah Lawas telah melaksanakan Operasi Bersepadu melibatkan 32 pegawai dan anggota, yang merangkumi rondaan, pemeriksaan dan serbuan sekitar kawasan bandar Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dalam kenyataan semalam bahawa operasi yang bermula 11.30 malam Sabtu lalu telah membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang berada dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas suspek menemui keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.30 gram. Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

OPERASI BERSEPADU… Dua lelaki ditahan atas kesalahan berasingan melibatkan dadah dan judi dalam operasi di bandar Lawas. Turut dirampas, satu straw berisi dadah disyaki jenis syabu.

Semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai satu kesalahan berkaitan dadah sebelum ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi sama, pada 2.05 petang, seorang lelaki berusia 40 tahun turut ditahan di bandar Lawas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian. Polis merampas sebuah telefon bimbit, beberapa kertas cetakan, dan sejumlah wang tunai.

Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti dadah di Bintangor
Next: Do not speed on the road

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.