Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita 30-an ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah 
  • JENAYAH

Wanita 30-an ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah 

Utusan Sarawak 6 hours ago
WANITA yang ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batang Ai Dam, Lubok Antu semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang wanita berusia awal 30-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batang Ai Dam, di sini semalam.

Serbuan tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang diketuai oleh Insp. Muhammad Firdaus Saldi.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, hasil ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pihak polis dalam pada itu menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala tersebut.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Lubok Antu terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 104 warga Indonesia ditahan, serbuan kilang kayu di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.