Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Sebuah Rumah Baruk di Kampung Budaya musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Sebuah Rumah Baruk di Kampung Budaya musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 days ago
KEADAAN kebakaran Rumah Baruk di Kampung Budaya Sarawak, Jalan Damai Santubong malam ini. Foto Shahrul Qaizat

SANTUBONG: Sebuah Rumah Baruk di Kampung Budaya Sarawak, Jalan Damai Santubong, musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut diterima pada 7.31 malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama bantuan BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 8.02 malam.

Menurut Komander Operasi, PBK I Mohamad Nizam Bujang, kebakaran melibatkan sebuah rumah barok dan dianggarkan memusnahkan 100 peratus struktur bangunan tersebut.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman serta kawalan kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan pam jentera, menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan.

“Operasi pemadaman turut dibantu oleh 27 anggota dengan kekuatan aset melibatkan tiga jentera bomba (FRT), satu jentera tangki air, satu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan kereta Hilux.

“Setakat laporan pertengahan diterima, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya.

Baruk adalah rumah tradisional kaum Bidayuh. Dulunya Rumah Baruk digunakan oleh masyarakat Bidayuh untuk mengadakan mesyuarat dan perhimpunan mengenai hal-hal masyarakat tempatan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan 29 pintu rumah panjang di Kapit, akses sukar lambatkan laporan
Next: SCV siasat punca sebenar Rumah Baruk di Kampung Budaya hangus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.