Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok
  • JENAYAH

Lima lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Utusan Sarawak 8 hours ago
DSP Mathew Manggie

SARATOK: Lima lelaki, termasuk tiga yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, ditahan dalam Op Tapis Khas yang dilancarkan oleh pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok) semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata operasi bermula 8.00 pagi hingga 11.59 malam itu dijalankan di sekitar Saratok, Kabong dan Roban, hasil maklumat awam mengenai kegiatan penyalahgunaan serta pengedaran dadah di kawasan tersebut.

“Semua suspek ditahan hasil risikan dan maklumat orang ramai yang melaporkan kegiatan mereka yang disyaki aktif mengedar dan menagih dadah di pekan Saratok dan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang memiliki enam rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik, dan merampas lima peket lutsinar berisi dadah disyaki pil Nospan.

Dalam tangkapan berasingan, seorang lelaki berusia 39 tahun turut ditahan kerana memiliki pisau lipat dan buku lima, manakala seorang lagi berusia 34 tahun yang mempunyai dua rekod lampau dadah turut dicekup.

Turut ditahan, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 33 tahun, dengan salah seorang daripada mereka turut mempunyai rekod kesalahan narkotik.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Saratok untuk siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing, yang mana kelima-limanya didapati positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mathew menegaskan, polis akan terus memperhebat operasi bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah itu.

“Polis Saratok komited memastikan daerah ini bebas daripada ancaman dadah demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” tegasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki disyaki keldai akaun dan penagih dadah ditahan polis Saratok
Next: 104 warga Indonesia ditahan, serbuan kilang kayu di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.