Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KESETABB A dinobatkan juara Sepak Takraw @ Libas HSN 2025
  • SUKAN

KESETABB A dinobatkan juara Sepak Takraw @ Libas HSN 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
Presiden PESTASA, Awangku Hafizi Awang Azahari merakamkan gambar bersama kesemua pemenang. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Regu KESETABB A membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara Pertandingan Sepak Takraw @ Libas HSN 2025 sempena sambutan Hari Sukan Negara yang berlangsung di Gelanggang Sentosa Indah RPR, hari ini.

Dalam aksi final yang penuh bergaya, KESETABB A menundukkan pasukan handal dari Betong, AA Team dengan kemenangan meyakinkan 2-0 dengan kiraan mata 15-9, 15-7 sekali gus menutup tirai kejohanan dengan penuh bergaya.

Regu KESETABB A muncul juara Pertandingan Sepak Takraw @ Libas HSN 2025 sempena sambutan Hari Sukan Negara, dekat sini hari ini. Foto: Adi Safarman

Kemenangan itu menghadiahkan regu KESETABB A yang dibarisi Ricky Mamat, Valentino Basat, Alister Sandom dan Bain Jamu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta piala dan pingat.

Sementara itu, regu AA Team dari Betong yang dianggotai Jonathan Julis, Edmund Muking, Mackson Billy dan Wilson Dauggat berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang RM250 dan pingat.

Regu AA Team muncul naib juara. Foto: Adi Safarman

Bagi tempat ketiga bersama, pasukan KESETABB B dan PAB A masing-masing menerima RM100 dan pingat selepas tewas di peringkat separuh akhir dalam pertarungan sengit.

Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA), Awangku Hafizi Awang Azahari.

Regu KESETABB B berada di kedudukan tempat ketiga bersama. Foto: Adi Safarman

Dalam ucapannya, Awangku Hafizi menegaskan bahawa pertandingan seperti ini bukan sekadar medan persaingan, tetapi platform penting untuk memartabatkan sukan tradisional sepak takraw di peringkat akar umbi.

“Sepak takraw adalah warisan kita. Penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mencungkil lebih ramai bakat muda dari Sri Aman terutamanya,” katanya

Regu PAB A berada di kedudukan tempat ketiga bersama. Foto: Adi Safarman

Tambah Awangku Hafizi, kejayaan penganjuran ini bukan sahaja mengangkat semangat kesukanan, tetapi turut memperkukuh silaturahim antara komuniti setempat menerusi sukan warisan bangsa yang terus segar hingga kini.

Pertandingan anjuran KESETABB dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman itu turut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 16 regu dari sekitar Bahagian Sri Aman dan Betong.

Turut hadir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Ismail serta Penaung Kelab Sepak Takraw Bukit Begunan (KESETABB), Alexander Frusis.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Iraq musnahkan impian Indonesia ke Piala Dunia
Next: Sudah tiba masanya Sarawak perlukan pelapis baharu Kilat Boy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.