Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki disyaki keldai akaun dan penagih dadah ditahan polis Saratok
  • JENAYAH

Dua lelaki disyaki keldai akaun dan penagih dadah ditahan polis Saratok

Utusan Sarawak 6 hours ago

POLIS menahan dua lelaki tempatan dalam dua kes berasingan menerusi operasi berterusan bagi membanteras jenayah di daerah ini. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis menahan dua lelaki tempatan dalam dua kes berasingan menerusi operasi berterusan bagi membanteras jenayah di daerah ini.

Dalam satu kejadian pertama, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di kediamannya di Sungai Maong, Kuching malam semalam kerana disyaki terlibat sebagai ‘keldai akaun’ dalam kes penipuan pembelian kereta secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek ditahan menerusi Op Kesan susulan laporan seorang pengadu di Saratok yang mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM4,163.00.

“Hasil siasatan awal mendapati akaun bank yang digunakan dalam transaksi penipuan adalah milik suspek. 

“Bagaimanapun, suspek mendakwa tidak mengetahui mengenai kemasukan wang ke dalam akaunnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Saratok–Kuching semalam.

Menurut Mathew, tangkapan dibuat menerusi Op Bersepadu Cegah Jenayah/Op Tapis Khas dan hasil ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Beliau menegaskan, polis akan terus memperhebat operasi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Saratok sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JIM Sarawak tahan 41 PATI warga Indonesia
Next: Lima lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.