Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke pentas akhir
  • SUKAN

Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke pentas akhir

Utusan Sarawak 3 days ago
AKSIĀ pemain beregu negara, Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik (kiri). Foto BERNAMA (Gambar Fail)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini.

Beregu pilihan utama kejohanan itu menewaskan pasangan pilihan kelapan Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand 21-15 dan 21-14 pada aksi separuh akhir yang berlangsung selama 23 minit di Vantaan Energia Areena.

Menanti pasangan itu di pentas akhir esok adalah gandingan England Ben Lane-Sean Vendy yang mara selepas mengecewakan satu lagi pasangan negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dengan keputusan 16-21, 23-25.

Aaron-Wooi Yik kini semakin hampir memburu gelaran keempat musim ini selepas kejayaan pada Kejohanan Badminton Asia, Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura.

Kejayaan Aaron-Wooi Yik mengekori beregu wanita utama negara Pearly Tan-M-Thinaah yang lebih awal menempah tiket ke pusingan akhir. 

Pearly-Thinaah yang muncul naib juara pada edisi lepas dijadualkan bertemu gandingan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di perlawanan akhir esok.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pemain ranking ke-204 dunia Vacherot tumpaskan Djokovic, mara ke final ATP Masters pertamanya
Next: Rachel tewaskan Aifa, mara ke pusingan kedua terbuka Silicon Valley

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.