Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Saratok
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Saratok

Utusan Sarawak 15 hours ago
EMPAT lelaki berusia antara 32 hingga 47 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Foto IPD Saratok

SARATOK: Empat lelaki berusia antara 32 hingga 47 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Pekan Saratok serta kawasan Kabong-Roban semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kesemua suspek ditahan menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

“Keputusan saringan air kencing ke atas kesemua suspek didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tangkapan itu menunjukkan komitmen berterusan pihak polis dalam memastikan Saratok bebas daripada ancaman dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas di Bintangor
Next: Ops Tapis Khas: Dua pemuda ditahan di Bintangor, positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.