Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan peruntuk hampir RM220 juta perkukuh peranan parlimen
  • NASIONAL

Kerajaan peruntuk hampir RM220 juta perkukuh peranan parlimen

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan hampir RM220 juta bagi memperkukuh peranan institusi Parlimen tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai tambahan, RM5 juta khusus bagi memperkasakan fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai semak dan imbang kepada dasar-dasar kerajaan.

“Setakat ini, rakyat di 143 kawasan Parlimen telah menerima manfaat daripada program-program kelestarian yang diikhtiarkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM). RM15 juta disediakan untuk memperluas liputan ke lebih banyak kawasan parlimen,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya sekarang sudah pada peringkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

Beliau berkata Pasukan Reformasi Undang-undang yang ditubuhkan sedang meneliti pembaharuan menyeluruh ke atas undang-undang jenayah, undang-undang kontrak termasuk merangka Rang Undang-Undang (RUU) Bidang Kuasa Admiralti dan RUU Koroner yang baharu.

“Setelah penggubalan Akta Kredit Pengguna, kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna untuk memasukkan elemen ‘Lemon Law’ bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026: RM110 juta insentif hasil karya berkualiti tinggi
Next: RM5.9 bilion peruntukan rentas kementerian untuk Malaysia terus terajui bidang AI- PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.