Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • E-Invois dilaksana sepenuhnya mulai 2026, had nilai cukai kenderaan mewah ditetap – PM Anwar
  • NASIONAL

E-Invois dilaksana sepenuhnya mulai 2026, had nilai cukai kenderaan mewah ditetap – PM Anwar

Utusan Sarawak 1 day ago
IKHTIAR e-Invois akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026 selain sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai.

KUALA LUMPUR: Ikhtiar e-Invois akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026 selain sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat petang ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pembayaran balik cukai terlebih bayar juga akan disegerakan.

Selain itu, bagi menangani ketirisan pemilik kenderaan mewah yang sekian lama mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan, Anwar berkata kerajaan bercadang mengehadkan pengecualian cukai kenderaan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000  berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. 

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pelepasan khas cukai pendapatan individu galak rakyat melancong dalam negara
Next: Pendidikan percuma PTPTN kepada 5,800 anak keluarga miskin mulai tahun hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.