Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah terbakar di Jalan Stutong
  • KEBAKARAN

Kereta musnah terbakar di Jalan Stutong

Utusan Sarawak 1 day ago
KEBAKARAN… Kenderaan jenis Perodua Alza musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Stutong petang tadi. Foto BBP Tabuan Jaya

KUCHING: Kenderaan jenis Perodua Alza musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Stutong petang tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Komander Operasi, PBK I Suhardi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.31 petang sebelum satu jentera FRT bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian, kira-kira empat kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi pada 5.37 petang, didapati kebakaran melibatkan kereta Perodua Alza yang telah terbakar sepenuhnya. Api dipercayai bermula dari bahagian enjin hadapan sebelum merebak ke keseluruhan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, kereta tersebut dipandu oleh seorang wanita bersama dua penumpang wanita lain. Ketiga-tiganya berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum api marak dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada 5.44 petang sebelum operasi ditamatkan dua minit kemudian.

“Kerja-kerja penyelenggaraan menyeluruh turut dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang tersisa,” tambahnya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah teres dua tingkat musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kenyalang Park

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.