Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Artik: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
  • SUKAN

Terbuka Artik: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 1 day ago
BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 selepas mudah menewaskan gandingan Indonesia di Vantaan Energia Areena, Vantaa, Finland, hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 selepas mudah menewaskan gandingan Indonesia di Vantaan Energia Areena, Vantaa, Finland, hari ini.

Pasangan nombor dua dunia itu tidak berdepan tentangan sengit sebelum mencatat kemenangan 21-15, 21-13 ke atas Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam masa 38 minit pada aksi pusingan 16 terbaik.

Di peringkat suku akhir esok, Pearly-Thinaah yang muncul naib juara edisi lepas, dijadual berdepan pemenang perlawanan Margot Lambert-Camille Pognante dari Perancis dan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun.

Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas hanya mengambil masa 19 minit untuk menundukkan pasangan Itali-England, Innocenzo Santoro-Karen Feng Yun Qiao 21-2, 21-5.

Soon Huat-Shevon bakal berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran  selepas pilihan ketiga kejohanan itu menewaskan wakil Republik Czech, Ondrej Kral-Tereza Svabikova 21-15, 21-16

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Cristiano Ronaldo muncul pemain bola sepak pertama bergelar bilionair
Next: Tang Jie-Ee Wei terima ‘durian runtuh’ RM460,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.