Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia tidak tunduk tuntutan terhadap Sabah
  • NASIONAL

Malaysia tidak tunduk tuntutan terhadap Sabah

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 29 Ogos -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu bagi lawatan kerja bermula hari ini. Turut hadir isteri Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KOTA KINABALU, Aug 29 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin was welcomed by Sabah Chief Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal upon arrival at Kota Kinabalu International Airport for two-day working visit starting today. Also present prime minister's wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

TAN Sri Muhyiddin Yassin disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu bagi lawatan kerja bermula semalam. Turut hadir isteri Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan  daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam passport…saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia…Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah, di sini semalam.

Jumaat lepas Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaafar dilaporkan sebagai berkata cadangan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta pasport Filipina bukan langkah terbaharu atau pendirian rasmi kerajaan negara itu.

Perkara itu merupakan cadangan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina untuk mewujudkan rang undang-undang gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Pasport Filipina 1996. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis laksana operasi banteras mat rempit
Next: Tiada masalah pengundi berseluar pendek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.