Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf keperluan asas rakyat terus dilaksana di DUN Kalaka
  • WILAYAH

Naik taraf keperluan asas rakyat terus dilaksana di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 1 day ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi mewakili ADUN Kalaka hadir ke rumah Bia Juing di Batu Burak bagi menyerahkan tapak projek yang telah diluluskan untuk pelaksanaan projek RTP. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Setiap permohonan naik taraf bagi keperluan asas rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka terus diberikan perhatian oleh Pusat Khidmat ADUN Kalaka dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri hadir ke Rumah Bia Juing di Batu Burak semalam bagi menyerahkan tapak projek yang telah diluluskan untuk pelaksanaan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kalaka.

Projek yang diluluskan itu melibatkan kerja bina baharu sistem perparitan dan tempat letak kereta di Rumah Bia Juing, Batu Burak bagi meningkatkan kemudahan asas penduduk setempat.

Menurut Mohamad Duri, pelaksanaan projek tersebut akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik menerusi proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Projek bernilai RM75,000 ini akan dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau menambah, pelaksanaan projek-projek seperti ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar terus diberi keutamaan.

“Alhamdulillah, sejak diperkenalkan pada 2016, RTP telah banyak merubah landskap pembangunan di kawasan luar bandar, termasuk di DUN Kalaka,” ujarnya.

Katanya lagi, usaha menaik taraf kemudahan asas seperti sistem perparitan, jalan raya dan kemudahan awam lain akan terus dipergiat bagi memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Elak aktiviti rekreasi di tasik bersebelahan Hospital Bintulu, orang ramai diingatkan waspada
Next: Jawatankuasa Bencana Limbang utamakan ancaman buaya sebelum Monsun Timur Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.