Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu kereta langgar motosikal dan kenderaan lain ditahan reman dua hari lagi
  • JENAYAH

Pemandu kereta langgar motosikal dan kenderaan lain ditahan reman dua hari lagi

Utusan Sarawak 7 hours ago
REMAN LANJUT… Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret setelah ditahan reman lanjut dua hari bagi membantu siasatan.

SIBU: Pemandu sebuah kereta yang melanggar sebuah motosikal dan beberapa kenderaan lain di sepanjang Jalan Oya pada Ahad lepas, diperintah ditahan reman selama dua hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Oon Kork Chern setelah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat kes.

Pada Isnin lepas, suspek telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes melanggar motosikal dan beberapa buah kereta di Jalan Oya, berhampiran SMK St. Elizabeth, Ahad lepas.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sejurus selepas kejadian dan didapati positif dadah jenis Amfetamin menerusi ujian saringan awal air kencing.

“Video berdurasi satu minit 29 saat yang tular di Facebook menunjukkan kereta tersebut melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh.

“Pemandu itu kemudian melarikan diri lalu melanggar beberapa kenderaan lain di kawasan tersebut,” katanya.

Zulkifli memberitahu, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan di bawah Seksyen 42(1), suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000, serta boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Sementara Seksyen 15(1)(a) memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan tiga lelaki miliki rekod dadah dalam operasi di Lawas
Next: Bau police make gambling arrest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.