Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing ditahan edar syabu di Mukah
  • JENAYAH

Warga asing ditahan edar syabu di Mukah

Utusan Sarawak 19 hours ago
DITAHAN…..Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan dadah secara kecil-kecilan dalam serbuan di tangga sebuah premis Jalan Pinang, petang semalam.

MUKAH: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan dadah secara kecil-kecilan dalam satu serbuan di tangga sebuah premis di Jalan Pinang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 2.55 petang.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemui 17 keratan straw lutsinar dan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine (syabu) yang disorok dalam kotak rokok. Anggaran berat kasar dadah itu ialah 8.40 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, ujian urin mendapati suspek, yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai buruh, positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan suspek telah direman selama empat hari sehingga 12 Oktober 2025 bagi membantu siasatan lanjut.

“IPD Mukah amat komited dalam menangani aktiviti penyalahgunaan dadah dan akan terus memperhebat operasi dari semasa ke semasa,” tegasnya.

Orang ramai turut digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka melalui talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: A toddler murdered 
Next: Three men arrested in ‘Op Tapis’ drug raid in Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.