Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak keluarkan 40 notis ketidakakuran dalam operasi gempur di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Sarawak keluarkan 40 notis ketidakakuran dalam operasi gempur di Miri

Utusan Sarawak 3 days ago

PERIKSA… Anggota JPJ ketika mengadakan pemeriksaan ke atas salah sebuah lori di Jalan Kuala Baram By Pass, semalam.

MIRI: Sebanyak 40 notis ketidakakuran dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan Tahun 2025 di sini, semalam.

Menurut kenyataan JPJ, dalam operasi yang dilaksanakan di Jalan Kuala Baram By Pass itu sebanyak 297 kenderaan pelbagai kategori telah diperiksa.

“Terdapat 40 notis ketidakakuran dikeluarkan itu khususnya melibatkan aspek teknikal kenderaan yang tidak menepati piawaian keselamatan dan penyelenggaraan.

“Sebuah kenderaan turut disita selepas didapati beroperasi dengan cukai jalan tamat tempoh serta tiada insurans sah, menjadikan ia satu kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ Sarawak menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dipertingkat secara berkala bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan yang berisiko tinggi sekiranya gagal diselenggara dengan baik,” kata kenyataan itu.

Orang ramai digesa untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta sah di sisi undang-undang.

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui e-Aduan@JPJ (MyJPJ), SiSPAA, p.sarawak@jpj.gov.my atau di talian 082-373000.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak berpotensi jadi peneraju serantau teknologi dron dan eVTOL
Next: DAP Stampin secures over RM1.6 million in federal funding for non-muslim houses of worship

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.