Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga ditahan di Saratok, disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian
  • JENAYAH

Tiga ditahan di Saratok, disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian

Utusan Sarawak 2 days ago
DSP Mathew Manggie.

SARATOK: Taktik licik sindiket penipuan dalam talian terbongkar apabila polis berjaya menahan tiga individu termasuk dua wanita dalam Op Kesan 01/2025 dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata operasi diketuai Inspektor Sopian Zainuddin itu berjaya menumpaskan kegiatan penipuan yang menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit di Pulau Pinang dan Sabah.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang disyaki pemilik akaun digunakan dalam kes penipuan di Pulau Pinang sehingga menyebabkan mangsa rugi RM3,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tangkapan kedua melibatkan seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai polis, mengakibatkan mangsa di Keningau, Sabah kerugian RM14,400.

“Seorang lagi wanita berusia 33 tahun turut ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan pinjaman tidak wujud melibatkan kerugian RM27,460,” jelasnya.

Ketiga-tiga suspek dipercayai bertindak sebagai ‘akaun keldai’ iaitu pemilik akaun bank digunakan untuk menyalurkan hasil jenayah sindiket terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap panggilan atau tawaran mencurigakan dan segera membuat laporan jika menjadi mangsa penipuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Milton Foo condemns vandalism at Mr Tan’s residence, urges police investigation
Next: 73 notis dikeluarkan dalam operasi JPJ Miri, 3 kenderaan disita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.