Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cari Tambang B juara kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PESTAS 2025
  • SUKAN

Cari Tambang B juara kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PESTAS 2025

Utusan Sarawak 13 hours ago
Dr Annuar (berdiri, tiga kiri) menyerahkan hadiah kemenangan kepada pasukan Cari Tambang B yang muncul johan pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PESTAS Terbuka Sarawak 2025. Foto Facebook Pestas Rasmi

SIBU: Pasukan Cari Tambang B mengungguli Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PESTAS) Terbuka Sarawak 2025 apabila muncul juara selepas menewaskan Evavior A dalam aksi final yang berlangsung sengit di Dewan Sepak Takraw Kampung Bandong di sini, baru-baru ini.

Regu Cari Tambang B yang dibarisi Mohamad Haris Mohamad Osman, Abdul Razak dan Masrol Huda menampilkan permainan mantap untuk mencatat kemenangan dua set terus, 15–11 dan 15–13.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang piala rebutan serta wang tunai RM1,000.

Pasukan Evavior A, yang diwakili Mohamad Ajmal, Rahman dan Selimin Jebat, terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan menerima piala dan hadiah wang tunai RM600, manakala regu Cari Tambang A dan Galaxy berkongsi tempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang piala dan wang tunai RM250.

Dalam pada itu, Mohamad Haris turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, sekali gus menerima piala dan wang tunai RM100 hasil ketangkasan dan ketepatan servisnya sepanjang pertandingan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee.

Turut hadir, Presiden PESTAS, Idris Alphonso De Rozario serta Timbalan Presiden, Abu Bakar Mat.

Menurut Idris, sambutan kejohanan kali ini amat menggalakkan dengan penyertaan 32 regu dari seluruh Sarawak, menggambarkan minat yang semakin meningkat terhadap sukan tradisional itu.

“PESTAS amat berterima kasih atas komitmen para pengadil dan ahli jawatankuasa yang memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar.

Melalui pertandingan seperti ini, kita bukan sahaja mengukuhkan semangat kesukanan tetapi juga berpeluang mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Kejohanan dwitahunan itu menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan komuniti sukan di peringkat akar umbi serta memupuk semangat kesatuan dalam kalangan peminat sepak takraw di negeri ini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: FAM terima dokumen penghakiman penuh FIFA, bakal kemuka rayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.