Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ayam peliharaan mati diserang rottweiler di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Ayam peliharaan mati diserang rottweiler di Miri

Utusan Sarawak 4 days ago

ANJING LIAR… Kelihatan anjing liar berkeliaran di kawasan yang dilaporkan. Foto BBP Lutong.

MIRI: Seorang penduduk di Kampung Pengkalan di sini terkejut apabila mendapati beberapa ekor ayam peliharaannya mati dipercayai diserang tiga ekor anjing liar jenis rottweiler awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.00 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

MATI…Beberapa ekor ayam ternakan mati dipercayai diserang anjing liar. Foto BBP Lutong.

“Sebaik tiba di lokasi sekitar 5.11 pagi, pasukan bomba mendapati benar terdapat tiga ekor anjing liar berkeliaran di kawasan rumah berkenaan.

“Setelah membuat pemantauan, kami dapati beberapa binatang ternakan pelapor telah dibaham oleh anjing tersebut.

“Tiada sebarang kecederaan kepada manusia dilaporkan,” katanya di sini.

Henry berkata, pihaknya menasihatkan pemilik rumah agar membuat laporan kepada polis dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk tindakan lanjut terhadap anjing-anjing berkenaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada 5.49 pagi.

Turut membantu di lokasi ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan lain digesa contohi inisiatif Hopoh Sarawak Cawangan Sri Aman
Next: Bomba Sarikei jalankan khidmat khas musnahkan sarang tebuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.