Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 137 pendaki terperangkap akibat salji lebat di barat laut China dipindahkan  
  • GLOBAL

137 pendaki terperangkap akibat salji lebat di barat laut China dipindahkan  

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

XINING: Sehingga 8.00 pagi tadi, seramai 137 pendaki yang sebelum ini terperangkap akibat salji berterusan di wilayah Qinghai, barat laut China, telah dipindahkan dan berada dalam keadaan stabil, menurut pihak berkuasa tempatan seperti dilaporkan Xinhua.

Semasa cuti Hari Kebangsaan dan Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang bermula pada 1 Oktober, lebih 100 peminat aktiviti mendaki menuju ke wilayah Laohugou di Daerah Autonomi Menyuan Hui di Wilayah Autonomi Tibet Haibei. Seorang pendaki lelaki berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia dan penyakit ketinggian akut, semalam.

Kawasan Laohugou, yang terletak di Pergunungan Qilian dengan altitud purata melebihi 4,000 meter serta bentuk muka bumi yang kompleks, mengalami salji berterusan sepanjang tempoh cuti tersebut.

Lebih 300 anggota penyelamat, lebih 10 pasukan dengan bantuan kuda serta dua dron bersaiz sederhana telah digerakkan bagi melaksanakan operasi pencarian menyeluruh untuk memastikan keselamatan semua pendaki yang terperangkap.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana terdapat beberapa pendaki yang masih belum ditemukan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribut salji di Gunung Everest: Seorang pendaki dilaporkan maut, ratusan dipindahkan
Next: Mauritania lapor 15 kematian akibat difteria, 202 kes baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.