Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Syafiq Phua raih emas tunggal lelaki, Sarawak cemerlang di SOPMA 2025
  • SUKAN

Syafiq Phua raih emas tunggal lelaki, Sarawak cemerlang di SOPMA 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
SOPMA… Syafiq Phua Fadhlee Phua (tengah) tersenyum selepas menerima pingat emas bagi acara perseorangan lelaki pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22, 2025 di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Pemain badminton Sarawak, Syafiq Phua Fadhlee Phua, menghadiahkan pingat emas tunggal lelaki kepada kontinjen tuan rumah selepas menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Aravindakumara A/L Rajamurthi.

Kemenangan itu diraih dalam aksi sengit tiga set 21-14, 16-21 dan 21-17 pada hari terakhir acara badminton Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22, 2025 yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, hari ini.

Kejayaan manis itu lebih bermakna apabila Syafiq dan rakan sepasukan hanya sempat menjalani latihan intensif selama seminggu menjelang kejohanan, namun tetap mempamerkan semangat juang dan disiplin tinggi di gelanggang.

Ketua jurulatih badminton orang pekak Sarawak, Suhaili Laiman, berkata pencapaian Syafiq membuktikan keazaman mampu mengatasi kekangan masa dan persediaan yang terhad.

“Persembahan mereka sangat bagus walaupun kami hanya sempat berlatih selama seminggu sahaja. Saya sebenarnya tidak puas hati dengan masa latihan yang singkat, tetapi Syafiq menunjukkan semangat dan fokus luar biasa,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

SOPMA… Suhaili Laiman, Ketua jurulatih badminton orang pekak Sarawak, ketika ditemui media selepas berakhirnya acara badminton SOPMA Ke-22, 2025 di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, hari ini. Foto Adele Rissa

Menurut beliau, Syafiq menampilkan corak permainan konsisten dan tenang walaupun berdepan tekanan lawan yang kuat, malah stamina dan ketahanan fizikalnya menjadi kunci kepada kemenangan tersebut.

“Kalau kami diberi lebih masa untuk latihan, saya percaya lebih banyak pingat boleh diraih. Sasaran saya untuk edisi akan datang ialah sekurang-kurangnya dua emas,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa aspek taktikal dan stamina menjadi antara kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi kejohanan seterusnya, namun menegaskan bahawa semangat juang semua pemain tetap tinggi hingga ke penghujung pertandingan.

Pemilihan atlet bagi skuad badminton orang pekak Sarawak dibuat melalui program iTalent anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) yang dijalankan di beberapa daerah termasuk Sarikei, Miri dan Sri Aman bagi mencungkil bakat baharu di seluruh negeri.

Kejayaan Syafiq bukan sahaja menutup tirai SOPMA 2025 dengan cemerlang buat Sarawak, tetapi juga menjadi simbol kekuatan dan ketabahan atlet orang pekak negeri ini yang tidak pernah menjadikan kekangan sebagai alasan untuk berjuang.

Oleh Adele Rissa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Permata Biru Saratok rangkul juara Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025
Next: Sia Chew Ing sumbang emas terakhir, Sarawak tamat SOPMA 2025 di tempat kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.