Rumah dua tingkat musnah terbakar di Kampung Siol Kandis

Facebook
WhatsApp
MUSNAH… Satu kejadian kebakaran yang melibatkan rumah separuh kayu di Kampung Siol Kandis, di sini petang tadi. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Rumah dua tingkat jenis separuh kayu musnah hampir keseluruhan dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Siol Kandis, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.52 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.

MUSNAH… Satu kejadian kebakaran yang melibatkan rumah separuh kayu di Kampung Siol Kandis, di sini petang tadi. Foto BBP Petra Jaya

“Pasukan tiba di tempat kejadian pada 7.03 malam dan mendapati kebakaran melibatkan rumah dua tingkat separuh kekal dengan kemusnahan hampir 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.