Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keluarga terjejas gempa bumi di Filipina kini melebihi 155,000
  • GLOBAL

Keluarga terjejas gempa bumi di Filipina kini melebihi 155,000

Utusan Sarawak 3 days ago
PASUKAN penyelamat mencari tiga orang yang dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan runtuh di Bogo City baru-baru ini. Foto AFP

MANILA: Jumlah keluarga yang terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang menggegarkan Bogo City, Cebu dan kawasan berhampiran pada 30 September lepas, kini melebihi 155,000, menurut data rasmi kerajaan setakat hari ini, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam laporannya, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) memaklumkan kesemua 155,094 keluarga terjejas atau 547,394 individu berasal dari Visayas Tengah.

NDRRMC turut melaporkan bahawa seramai 72 orang dilaporkan maut dan 559 yang lain cedera, dengan angka itu masih dalam proses pengesahan setakat laporan ini dikeluarkan.

NDRRMC masih belum mengeluarkan anggaran kerosakan infrastruktur dan pertanian akibat gempa bumi itu.

Mengenai bantuan kepada mangsa, agensi itu memaklumkan Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial (DSWD) telah menyalurkan bantuan makanan dan bukan makanan bernilai PHP93.52 juta, dengan 187,858 keluarga menerima pek makanan keluarga setakat 5 Oktober.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hampir 1,000 terkandas akibat ribut salji di Tibet, Gunung Everest
Next: Perdana Menteri Perancis Lecornu letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.