Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah, kereta mewah nyaris musnah kebakaran di Jalan Almeria
  • KEBAKARAN

Rumah, kereta mewah nyaris musnah kebakaran di Jalan Almeria

Utusan Sarawak 4 days ago
NYARIS MUSNAH… Rumah dan kereta jenis BMW nyaris musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Almeria, Miri, pagi tadi. Foto BBP Miri Sentral

MIRI: Rumah di Jalan Almeria, di sini nyaris musnah selepas berlaku kebakaran kecil di bahagian hadapan pintu utama awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 3.53 pagi sebelum sepasukan bomba  dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi sejauh kira-kira 11 kilometer (km).

“Setibanya pasukan di tempat kejadian pada 4.04 pagi, didapati berlaku kebakaran di bahagian hadapan pintu rumah pelapor serta melibatkan kenderaan jenis BMW yang terbakar kira-kira 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu  kenyataan  hari ini.

NYARIS MUSNAH… Rumah dan kereta jenis BMW nyaris musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Almeria, Miri, pagi tadi. Foto BBP Miri Sentral

Tambahnya, komander operasi kemudian mengarahkan pasukan melakukan pemeriksaan dan pemantauan lanjut bagi memastikan tiada cetusan kebakaran semula.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 4.08 pagi dan tamat pada 4.40 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kosong terbakar di Boulevard Batu 4
Next: Rumah dua tingkat musnah terbakar di Kampung Siol Kandis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.