Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bantu promosi destinasi pelancongan domestik
  • NASIONAL

Bantu promosi destinasi pelancongan domestik

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (empat, kiri) bergambar bersama penunggang motosikal yang menyertai Konvoi Semarak Merdeka sempena Mempromosikan Pelancongan Domestik dan Bulan Kebangsaan 2020 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Dr Noor Zari Hamat (dua, kiri) dan Pengerusi Program Fadzlaini Ibrahim (tiga, kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (empat, kiri) bergambar bersama penunggang motosikal yang menyertai Konvoi Semarak Merdeka sempena Mempromosikan Pelancongan Domestik dan Bulan Kebangsaan 2020 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Dr Noor Zari Hamat (dua, kiri) dan Pengerusi Program Fadzlaini Ibrahim (tiga, kiri). • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru konvoi bermotosikal agar membantu usaha kementerian mempromosikan pelancongan domestik menerusi penciptaan kandungan untuk media sosial ketika berkunjung ke kawasan pelancongan.

Menterinya   Datuk Seri Nancy Syukri berkata, peserta aktiviti konvoi bermotosikal yang meneroka dan menjelajah destinasi pelancongan mampu menjadi duta kecil MOTAC untuk mempromosikan   tempat pelancongan, makanan popular dan warisan seni budaya tanah air.

“Saya menyeru, ambillah peluang ini untuk bersaing   mencipta pengisian bagi mempromosi tempat-tempat pelancongan, makanan popular dan tidak lupa warisan seni budaya tanah air. Jadilah ‘storyteller’ atau   duta kecil (industri) pelancongan, seni dan budaya.

“Mereka (konvoi bermotosikal) ceritakan pengalaman anda   di media sosial agar menarik lebih   ramai rakyat untuk melancong dalam negara dan merancakkan ekonomi setempat,” katanya berucap pada   majlis   pelepasan Konvoi Semarak Merdeka Sempena Mempromosikan   Pelancongan Domestik dan Bulan Kebangsaan 2020 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) semalam.

Hadir sama   Pengerusi Fast Bikes Club Fadzlaini   Ibrahim dan   Pengerusi Reappear Motorcycle Club   Mohd Hemy   Azizan.

Seramai 91 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada kelab permotoran Fast Bikes Club dan Reappear MC seluruh negara berkonvoi ke tiga daerah di Melaka selama tiga hari hingga 30 Ogos ini bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan  mempromosikan destinasi pelancongan domestik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sukar lupakan detik rakan dibunuh Komunis
Next: Polis laksana operasi banteras mat rempit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.