Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera kemalangan lori di Batu 26 Jalan Kuching-Serian
  • KEMALANGAN

Dua cedera kemalangan lori di Batu 26 Jalan Kuching-Serian

Utusan Sarawak 3 days ago
DUA mangsa cedera selepas lori membawa muatan barang runcit terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Kuching-Serian, petang tadi. Foto Bomba

SERIAN: Dua mangsa cedera selepas lori membawa muatan barang runcit terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Kuching-Serian, petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 6.23 petang.

DUA mangsa cedera selepas lori membawa muatan barang runcit terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Kuching-Serian, petang tadi. Foto Bomba

Komander operasi, PBK II (TBK I) Yusof Osman berkata, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. 

“Mangsa perempuan mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri dan dihantar ke Hospital Serian menggunakan kenderaan EMRS Siburan, manakala mangsa lelaki hanya cedera ringan,” katanya.

Tiada mangsa tersepit dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa tersepit, lori terbabas langgar pokok di Jalan Demak Laut
Next: Kereta terjunam ke gaung 20 meter, pemandu terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.