Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 287 anjing divaksin, MBKS perkukuh usaha bebas rabies di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

287 anjing divaksin, MBKS perkukuh usaha bebas rabies di Kuching

Utusan Sarawak 4 days ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng merakam gambar kenangan bersama agensi dan persatuan terlibat dalam Program Vaksinasi, Pelesenan, Penandaan Mikro dan Pensterilan Bersubsidi yang diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak, Taman Seng Goon, hari ini.

KUCHING: Program Vaksinasi, Pelesenan, Penandaan Mikro dan Pensterilan Bersubsidi yang diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak, Taman Seng Goon, hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pemilik haiwan peliharaan dan sukarelawan komuniti.

Program sehari itu merupakan inisiatif bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS), Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) dan Persatuan Veterinar Sarawak (SVA), dalam usaha menjadikan Kuching sebuah bandar bebas rabies.

Sepanjang program berlangsung, sebanyak 287 ekor anjing telah diberi vaksin oleh pihak DVSS, merangkumi 114 dos pertama dan 173 dos penggalak, melibatkan 213 pemilik haiwan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

SUASANA sekitar Program Vaksinasi, Pelesenan, Penandaan Mikro dan Pensterilan Bersubsidi yang diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak, Taman Seng Goon, hari ini

Dalam masa sama, MBKS turut mengeluarkan 182 lesen anjing dan 51 mikrocip kepada pemilik haiwan peliharaan, di samping menerima enam permohonan pensterilan bersubsidi yang dilaksanakan dengan kerjasama SSPCA dan SVA.

Menurut kenyataan MBKS, program seumpama ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab pemilikan haiwan, malah turut memainkan peranan penting dalam usaha membanteras wabak rabies di kawasan bandar.

MBKS turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat, sukarelawan serta komuniti setempat atas sokongan berterusan dalam menjayakan inisiatif berkenaan.

Continue Reading

Previous: 24 projek rakyat dimuktamadkan untuk dilaksana di DUN Kalaka 
Next: Operasi SAR hari keempat masih buntu temui warga emas hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.