
LIMBANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus berperanan penting melahirkan pemimpin belia tempatan dalam aktiviti-aktiviti di bawah Unit Pembangunan Komuniti agar mereka berupaya merancang, melaksana dan mengurus program yang dijalankan di kampung-kampung.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata pelbagai program dilaksanakan KEMAS termasuk Program Sinergi bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.
“Selain itu, ada lagi program di bawah Unit Pembangunan Komuniti juga dijalankan serentak iaitu Program Jom Masuk Kampung, Program Desa Cerdas, Kem Eksplorasi Belia dan Kem Patriotik Kemerdekaan.
“Dua program pula di bawah Unit Pendidikan Kemahiran dijalankan serentak iaitu Wanita Inspirasiku (WINS) dan Mini Ekspo Kemahiran Remaja. Saya berharap semua program akan mencapai objektifnya kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap katanya Program Sinergi: Program Santunan Desa KEMAS 2025 Peringkat Parlimen Limbang di Dewan Kampung Patiambun hari ini.
Katanya, program tersebut diadakan melalui kolaborasi antara bahagian KEMAS, agensi kerajaan dan sektor swasta yang memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, ekonomi dan keusahawanan luar bandar.
Jelasnya, wujudnya program seperti ini KEMAS telah memberi ruang dan peluang kepada masyarakat bersama-sama menimba ilmu pengetahuan dan memanfaatkannya.
Pada masa yang sama, semangat individu dalam menjalani kehidupan seharian dapat ditingkatkan serta secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ilmu kerohanian dan pengukuhan modal insan dalam kalangan masyarakat
Turut sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Zairuddin Mat Zuini dan Timbalan Residen Bahagian Limbang Rozita Kulai.
Oleh Adeng Edrus