Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RMK13 lebih RM1 bilion untuk pembangunan Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Peruntukan RMK13 lebih RM1 bilion untuk pembangunan Limbang

Utusan Sarawak 4 days ago
TERIMA KASIH…Dr Abdul Rahman ketika melawat reruai IDP Limbang semasa Perasmian Pesta Hari Bukit Mas 2025.

LIMBANG: Perbelanjaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Daerah Limbang dijangka mencecah lebih RM1 bilion.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek-projek mega tersebut merangkumi pelbagai aspek bagi memacu pembangunan di wilayah utara Sarawak, khususnya di Limbang dan Lawas, yang memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat.

“Peruntukan untuk Limbang dalam RMK13 dijangka melebihi RM1 bilion, melibatkan projek infrastruktur asas, hospital, poliklinik serta bangunan pakar di Hospital Limbang,” katanya ketika merasmikan Pesta Hari Bukit Mas 2025 di Lot 777, hari ini.

KESELAMATAN WANITA…Dr Abdul Rahman diiringi Sulaiman ketika melawat reruai Perkeso turut diberi penerangan tentang kemudahan caruman Perkeso untuk golongan suri rumah.

Menurut beliau, projek di bawah RMK13 termasuk pembangunan pertanian seperti penanaman padi dan pembinaan jalan darat melalui Projek Lebuh Raya Trans Borneo yang menjadi projek utama untuk mengukuhkan hubungan darat di wilayah utara Sarawak.

Selain itu, penambahbaikan infrastruktur kesihatan melalui pembinaan hospital pakar, poliklinik, serta pembangunan sektor pendidikan dan ekonomi turut menjadi fokus utama RMK13.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, serta kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Dua dekad penganjuran, Limbang bersedia sertai litar regata Sarawak
Next: KEMAS terus lahirkan pemimpin belia, bangunkan Komuniti di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.