Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas kukuhkan semangat kerjasama melalui program gotong-royong
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas kukuhkan semangat kerjasama melalui program gotong-royong

Utusan Sarawak 3 days ago
WARGA IPD…program gotong royong erat hubungan antara warga IPD Lawas.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah mengadakan program gotong-royong membersihkan Dewan Serba Guna IPD Lawas dan kawasan sekitarnya pada pagi semalam.

Program yang bermula pada 7.30 pagi itu diketuai oleh ASP Kevin anak Nuyau, wakil Ketua Polis Daerah Lawas, bersama pegawai kanan, pegawai polis rendah serta pegawai awam IPD Lawas.

Menurut kenyataan yang dikongsi oleh IPD Lawas di laman sosial hari ini, inisiatif tersebut bertujuan mengekalkan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran IPD Lawas sepanjang masa.

PERSIAPAN PENTAS…kelihatan anggota dan pegawai IPD Lawas memastikan persiapan untuk Majlis Tilawah Al-Quran bagi Zon Utara, PDRM Kontinjen Sarawak berjalan lancar.

Selain itu, persiapan turut dilakukan di Dewan IPD Lawas bagi menyambut Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Zon Utara, PDRM Kontinjen Sarawak.

Seramai 38 anggota daripada pelbagai pangkat dan anggota awam turut serta dalam program gotong-royong yang berlangsung selama dua jam itu.

BERSEMANGAT…keluarga warga IPD Lawas turut turun padang membantu memastikan kebersihan IPD Lawas sentiasa bersih dan ceria.

Usaha berkenaan juga menjadi platform bagi mengukuhkan semangat kerjasama dan kekeluargaan di kalangan warga IPD Lawas agar sentiasa saling membantu antara satu sama lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 212 murid dan guru SK Batu Wong sertai program kesedaran keselamatan kebakaran
Next: Peruntukan RM300,000 naik taraf bilik guru SMK Tiong Hin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.