Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi di Kamchatka, Rusia hambur abu setinggi 9.2 km
  • GLOBAL

Gunung berapi di Kamchatka, Rusia hambur abu setinggi 9.2 km

Utusan Sarawak 2 days ago

GUNUNG berapi di Kamchatka Rusia mengeluarkan abu sehingga 9.2 km tinggi.

VLADIVOSTOK (Rusia): Gunung berapi Kronotsky di Semenanjung Kamchatka, Rusia, memuntahkan abu sehingga mencapai ketinggian 9.2 kilometer dari aras laut pada Sabtu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku pada 11.50 pagi waktu tempatan (11.50 malam GMT Jumaat), dengan kepulan abu merebak sejauh kira-kira 85 kilometer ke arah selatan dan tenggara gunung berapi berkenaan, menurut Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka di saluran Telegramnya.

Kod merah penerbangan telah dikeluarkan, menandakan tahap bahaya tinggi kepada trafik udara tempatan dan antarabangsa.

Gunung berapi Kronotsky terletak kira-kira 225 kilometer dari ibu wilayah Petropavlovsk-Kamchatsky dan 10 kilometer di timur Tasik Kronotskoye.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Angka korban runtuhan sekolah di Indonesia meningkat kepada 14 Orang
Next: Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Sanae Takaichi menang pemilihan Ketua LDP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.