Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing dicekup edar dadah di pondok kebun sawit Lubok Bemban
  • JENAYAH

Warga asing dicekup edar dadah di pondok kebun sawit Lubok Bemban

Utusan Sarawak 5 days ago

SEORANG lelaki warga asing dicekup dalam satu serbuan kerana memiliki dadah jenis syabu. Foto IPD

MUKAH: Seorang buruh warga asing yang disyaki aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan sejak awal tahun ini telah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pondok kebun kelapa sawit di Lubok Bemban, di sini semalam.

Dalam serbuan 11.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun terbabit dicekup bersama empat paket plastik lutsinar dan satu keratan straw berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 8.54 gram bernilai kira-kira RM854.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui selaras senapang patah buatan sendiri (bakakuk) bersama enam butir peluru di pondok berkenaan.

BARANGAN rampasan. Foto IPD

“Kesemua barang rampasan dibawa ke balai untuk siasatan dan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

“Suspek mengaku menjual dadah sejak awal tahun ini manakala senjata api itu didakwa diwarisi daripada bapanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek kini direman tiga hari hingga 7 Oktober depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah di Mukah dan Selangau diminta menyalurkannya ke Hotline IPD Mukah di talian 084-871222 atau balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tangkapan kes pecah amanah kakitangan syarikat di Kabong
Next: (Kemaskini): Video tular, polis berjaya tahan lelaki positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.