Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • GSF: Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi ditahan
  • NASIONAL

GSF: Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi ditahan

Utusan Sarawak 1 week ago
TANGKAP layar dari TikTok Sumud Nusantara.

SEPANG: Empat lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Zionis di perairan Gaza, pagi ini.

Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, selain Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di atas kapal Grande Blu.

Menurut sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Grande Blu dipintas pada 12.58 tengah malam waktu Gaza, manakala Hio pada 2.34 pagi pada kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.

Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC selepas kapal mereka dipintas.

Mereka termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma; serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli yang menaiki kapal Sirius.

SNCC memaklumkan setakat ini, sepuluh kapal berada pada status “diserang” manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat “kecemasan”. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Zizi Kirana antara lapan rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis
Next: PM Anwar kecam Israel halang flotilla Gaza, janji tindakan undang-undang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.